Fungsi

Fungsi Utama

1. Menasihati YAB Ketua Menteri dan Kabinet Negeri mengenai hal ehwal sumber asli seperti tanah, perhutanan, perlombongan, biodiversiti dan sumber air.
2. Menggubal dan merumuskan dasar berkaitan dengan sumber asli selaras dengan halatuju kerajaan negeri.
3. Mengkaji dan menggubal undang-undang serta pindaannya yang berkaitan dengan tanah, perlombongan, sumber air dan biodiversiti bersama Pejabat Peguam Besar Negeri.
4. Memantau dan memastikan semua jabatan di bawah Pejabat Hasil Bumi melaksanakan sepenuhnya dasar dan keputusan Kerajaan Negeri.
5. Menerima, memproses dan mempertimbangkan semua permohonan yang berkaitan dengan tanah, perhutanan, perlombongan, sumber asli dan biodiversiti di bawah kuasa asal dan yang diturunkan kepada YAB Ketua Menteri.
6. Memantau dan memastikan semua hasil sumber asli dikenakan, diurus dan dikutip dengan baik untuk mengelak sebarang ketirisan.
7. Menyediakan laporan dan perangkaan mengenai hal ehwal sumber asli kepada YAB Ketua Menteri dan Kabinet Negeri.