Galeri

Sistem E-BUMi

Mesyuarat Penyelarasan Sistem E-BUMi bersama pihak Jabatan Tanah dan Ukur, Bahagian Kerajaan Digital Sabah dan Pembekal Sistem E-BUMi ( Zuma Engineering Sdn. Bhd.)

Majlis Menandatangani Perjanjian Sustainable Forest Management Licence Agreement (SFMLA) di antara Kerajaan Negeri Sabah dan Asian Forestry Company (Sabah) Sdn Bhd

Setiausaha Hasil Bumi mewakili Kerajaan Negeri Sabah melalui penurunan kuasa di bawah seksyen 4 (menandatangai bagi pihak Kerajaan Negeri), Enakmen Perwakilan Kuasa 1963 dan turut disaksikan oleh En. Frederick Kugan, Ketua Konservator Hutan.

Pejabat Hasil Bumi

Majlis meraikan YBhg. Tuan Haji Ahmad Haji Yusop atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Setiausaha Hasil Bumi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19)

Jawatankuasa Kecil Logistik, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Awang Shahminan Datuk Haji Awang Sahari.

Majlis Pelancaran Secara Maya Sistem Permohonan Tanah E-BUMi dan Laman Web Rasmi Pejabat Hasil Bumi

Disempurnakan oleh:

YB. Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar B Untong, J.P - Setiausaha Kerajaan Negeri

Tempat: Jabatan Ketua Menteri
Tarikh: Khamis 21 Januari 2021
Waktu: 10:30 Pagi

Majlis Perpisahan Setiausaha Hasil Bumi, Ybhg. Tuan Ag. Shahminan bin Datuk Haji Ag. Sahari

21 Januari 2021 - Majlis Perpisahan Setiausaha Hasil Bumi, yang diraihkan dengan gilang-gemilang oleh seluruh warga pejabat Hasil Bumi. Jasa mu akan sentiasa kami ingati, semangat mu akan sentiasa bersama kami. Selamat maju jaya diucapkan kepada Ybhg. Tuan, semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati.

Vendor Elegant Aspire Sdn. Bhd.

Perbincangan bersama vendor Elegant Aspire Sdn. Bhd., berkenaan dengan Kursus Aplikasi Google Earth yang akan diadakan di Pejabat Hasil Bumi.

Majlis Serahtugas Setiausaha Hasil Bumi

21 Januari 2021, telah berlangsungnya Majlis Serahtugas Setiausaha Hasil Bumi, kepada YBhg. Tuan Sernam Singh.

Mesyuarat Roundtable on Sustainable Palm Oil Jurisdictional Certification Steering Committee ke-13

YBrs SUHB selaku Pengerusi Bersama (co-chair) mempengerusikan bersama YBrs Ketua Konservator Hutan dalam Mesyuarat Roundtable on Sustainable Palm Oil Jurisdictional Certification Steering Committee ke-13 di Dewan Jati, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan

Lawatan ke RDC FRC Sandakan

Lawatan SUHB diiringi kakitangan PHB ke Rainforest Discovery Centre (RDC) Forest Research Centre, Sepilok, Sandakan

Borneo Sulaman Cove Sdn Bhd

Taklimat dari Pelesen SFMLA 02/2007 Borneo Sulaman Cove Sdn Bhd dan tinjauan lapangan di Hutan Simpan Sulaman Lake (Kelas V)

Lombong Emas Bukit Mantri, Tawau

Penempatan (secara berfasa) Pegawai Geosains dari Pejabat Hasil Bumi di Lombong Emas Bukit Mantri, Tawau.