Latar Belakang

LATAR BELAKANG PEJABAT HASIL BUMI

Pejabat Hasil Bumi diletakkan di bawah tanggungjawab Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal berkaitan hasil bumi iaitu Ketua Menteri. Pejabat Hasil Bumi telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan berfungsi sebagai sebuah Kementerian sehingga 1967 apabila ianya dimansuhkan dan diletak dibawah Jabatan Ketua Menteri. Pejabat Hasil Bumi yang ditubuhkan pada tahun 1964. Pada awal penubuhannya, Pejabat Hasil Bumi berfungsi sebagai sebuah Kementerian. Pada tahun 1967, fungsi Pejabat Hasil Bumi sebagai sebuah Kementerian telah dimansuhkan dan ditukarkan sebagai sebuah jabatan yang diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal sumber dan hasil bumi negeri Sabah. Walaupun status Pejabat Hasil Bumi sebagai sebuah kementerian telah dimansuhkan, namun peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh Pejabat Hasil Bumi masih tetap berfungsi sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Menteri. Hal ini disebabkan selain diberikan tanggungjawab mengurus dan menyelia mengenai hal ehwal sumber asli negeri Sabah yang merangkumi sumber tanah, hasil-hasil keluaran hutan,sumber galian, sumber air dan sumber biodiversiti; terdapat tiga buah jabatan yang diletakkan di bawah perhatian Pejabat Hasil Bumi, iaitu Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Perhutanan Sabah dan Pusat Biodiversiti Sabah. Sebuah lagi tambahan jabatan yang dijangka akan diwujudkan dibawah Pejabat Hasil Bumi ialah Jabatan Pengurusan Sumber Air yang dicadangkan dalam Pelan Induk Sumber Air Negeri Sabah tahun 1994. Kesemua keputusan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hasil Bumi dalah tertakluk kepada Enakmen dan Ordinan yang termaktub di dalam Rang Undang-Undang.