Visi, Misi & Objektif..

MISI

Mentadbir dan mengurus exploitasi dan perlindungan sumber asli secara seimbang untuk memastikan potensi masa kini dan masa depan dapat memenuhi keperluan sejagat dan mengoptimakan hasil kerajaan melalui penggunaan sains dan teknokogi moden dan pembangunan kapasiti yang berteraskan prinsip kelestarian; persekitaran, ekonomi dan sosial.

VISI

Ke arah Tadbir Urus Sumber Asli Yang Cemerlang

OBJEKTIF

Objektif Pejabat Hasil Bumi adalah untuk menggubal dasar dan mengkaji perundangan yang berkaitan dengan sumber asli selaras dengan halatuju Kerajaan Negeri Sabah supaya:

1. Pengagihan sumber asli dilaksanakan secara saksama, adil dan teratur mengikut keperluan kini dan masa depan;
2. Penggunaan sumber asli yang dapat membantu Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan;
3. Exploitasi secara mampan, seimbang dan penggunaan yang optimum sumber asli demi meningkatkan hasil pendapatan Negeri;
4. Semua projek pembangunan masyarakat dapat dilaksanakan secara teratur, sistematik dan berkesan