PERUTUSAN SETIAUSAHA HASIL BUMI

PERUTUSAN SETIAUSAHA HASIL BUMI

Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya!

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan Pejabat Hasil Bumi yang telah tercapai sepanjang tahun 2020. Laman web Pejabat Hasil Bumi dan aplikasi e-Bumi telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Setiausaha Kerajaan pada 21 Januari 2021. Secara peribadi, ini merupakan satu batu loncatan bagi Pejabat Hasil Bumi untuk menerapkan pelaksanaan pendigitalan perkhidmatan selaras dengan hala tuju dan motto Kerajaan Negeri yang berasaskan prinsip 5A iaitu Accesible by Anyone, Anytime, Anywhere by Any Mobile Devices.
 
Dengan itu, saya ingin mengucapkan selamat melayari laman web Pejabat Hasil Bumi dan menggunakan aplikasi e-Bumi di mana semua lapisan masyarakat dapat mengetahui status permohonan mereka secara atas talian di samping perkhidmatan kaunter yang disediakan. Saya percaya dengan adanya lawan web ini, adalah lebih mudah untuk memperkenalkan Pejabat Hasil Bumi sebagai salah sebuah pejabat yang penting di bawah Jabatan Ketua Menteri. Laman web ini memaparkan pelbagai maklumat berhubung dengan organisasi, aktiviti dan perkhidmatan pejabat. Turut dimuatkan ialah galeri foto, multimedia dan berita-berita terkini aktiviti dan pautan yang berkenaan. Saya berharap laman web ini akan memanfaatkan para penghujung yang melayarinya dan akan diselenggara serta dikemaskini bagi menjamin kandungannya sentiasa relevan, terkini dan interaktif.

Pendigitalan perkhidmatan adalah suatu usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat dan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi membantu meningkatkan produktiviti sesuatu organisasi. Ianya juga mampu mentransformasikan imej organisasi secara keseluruhan dengan mempamerkan imej yang lebih korporat selaras dengan perkembangan semasa sektor awam di samping dapat menyemarakkan kreativiti dan inovasi di kalangan warga Pejabat Hasil Bumi dan menggalakkan pembudayaan celik IT.

Bagi meningkatkan perkhidmatan yang diberikan, kami mengalu-alukan pendapat dan pandangan serta maklum balas untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan bagi kepentingan semua lapisan masyarakat.

Selamat Melayari.......


“SABAH MAJU JAYA”
Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
SERNAM SINGH
Setiausaha Hasil Bumi