Piagam Pelanggan

Kami memberi layanan yang mesra dan bersedia untuk membantu pelanggan yang berurusan dengan kami.

- Mengkaji dan mengambil tindakan serta-merta ke atas aduan-aduan orang awam, syarikat-syarikat dan agensi-agensi tertentu dalam semua perkara di dalam bidang kuasa Pejabat Hasil Bumi.


Kami memproses semua jenis permohonan yang berkaitan dengan tanah, hutan dan sumber mineral

- Permohonan tanah kerajaan seperti tapak rumah, pengambilan tanah (land acquisition), penukaran syarat geran tanah dan guna tanah, pecah bahagian dan pencantuman tempoh pajakan, TOL untuk aktiviti pelancongan, komersial, industri dan lesen pengambilan pasir secara TOL; dalam masa dua (2) bulan, tertakluk kepada dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan teratur serta mematuhi Ordinan Tanah Bab 68, Enakmen Hutan 1968 dan Mining Ordinance 1960, serta enakmen dan peraturan-peraturan yang berkaitan.