Video

PEJABAT CERIA UKHWAH TERJAGA

"Pejabat Ceria Ukhwah Terjaga" merupakan moto Pejabat Hasil Bumi yang melambangkan kerukunan, kerjasama, hormat-menghormati dan sentiasa bertolak ansur dalam apa jua perkara, baik di dalam tugas-tugas harian mahupun di dalam apa jua aktiviti-aktiviti anjuran organisasi. Kerukunan dan kata sepakat kakitangan adalah menjadi tonggak utama kejayaan Pejabat Hasil Bumi. Dalam apa juga keadaan, susah dan senang, akan pasti dihadapi bersama. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Cubit peha kiri, peha kanan juga terasa. Begitu lah semangat kekeluargaan yang sentiasa tersemat di dalam setiap jiwa kakitangan Pejabat Hasil Bumi.

Majlis Pelancaran E-BUMi dan Laman Web Rasmi

Disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar B Untong, J.P-Setiausaha Kerajaan Negeri

Raptai Pelancaran E-BUMi

19 Januari 2021 Raptai Pelancaran Sistem e-BUMi & Website Pejabat Hasil Bumi di tingkat 26 Pusat Pentadbiran Negeri Sabah

E-BUMi

Sistem E-BUMi yang menayangkan sistem terbaru Pejabat Hasil Bumi. Sistem yang berintegrasi dengan Jabatan Tanah dan Ukur ini digunakan oleh orang awam untuk membuat permohonan tanah.