Terlebih dahulu ingin saya menzahirkan rasa kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan Izin-Nya, Pelan Strategik Pejabat Hasil Bumi 2024-2029 dapat dihasilkan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pelan Tindakan Strategik Pejabat Hasil Bumi atas dedikasi dan sumbangan yang diberikan dalam menyiapkan pelan strategik ini.

Management Tool ini amat penting kerana ianya akan menjadi rujukan dan manual kerja bagi perancangan kerja Pejabat Hasil Bumi agar lebih sistematik dengan berteraskan Pelan Tindakan Pejabat Hasil Bumi 2024- 2029. Saya juga percaya dengan adanya Pelan Strategik ini, Pejabat Hasil Bumi dan semua jabatan di bawah seliaannya akan menjadi lebih fokus, dan sentiasa maju ke hadapan bagi mencapai visi dan misinya dalam mentadbir dan mengurus sumber asli dan hasil kerajaan yang bertunjangkan kepada prinsip kelestarian.

Pelan ini juga menjadikan Konsep ‘Malaysia Madani’ dan Hala Tuju ‘Sabah Maju Jaya’ sebagai rujukan utama dalam penghasilannya, agar segala yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan dapat direalisasikan. Akhir kata, besar harapan saya agar semua warga Pejabat Hasil Bumi dapat menerapkan semangat kerja berpasukan untuk memastikan tujuan pelaksanaan Pelan Strategik Pejabat Hasil Bumi 2024-2029 sewajarnya. 

YBhg. Datuk Sernam Singh

Setiausaha Hasil Bumi,
Pejabat HASIL BUMI, JABATAN KETUA MENTERI